Friday, 13 January 2017

Percutian ke Sabah: Kota Kinabalu - Tamparuli - Kundasang



First Day Trip: Kota Kinabalu ke Kundasang.

Kota Kinabalu International Airport

1. Kami sampai di airport & sarapan di airport
2. Tunggu kereta sewa. Penghantaran lewat sejam kerana kereta MyVi yang kami booking belum dipulangkan. So dia ganti dengan Saga FLX. 
3. Terus keluar dari kawasan airport, isi minyak full teruih dan drive to Kundasang dan tempat2 lain seperti di dalam jadual di bawah. Ha, apa macam siap ada schedule kan....Walaupun ada schedule, kami x sempat memerah susu di Desa Dairy Farm sebab ada delay. Jadi kami decide x payah naik ke sana just enjoy the trip and relax di Kundasang. Make sure isi minyak penuh-penuh.

shuwanieyz.blogspot
Jadual perjalanan hari pertama

Rumah Terbalik (Up Side Down House) Tamparuli

Kami singgah tapi xde lah excited nak masuk sangat, consider pulak harga nak masuk dan benda ni dah leh dapat kat Melaka. Just lepak minum tepi situ dan kami proceed ke destinasi seterusnya.

Kalau nak tahu lebih details boleh visit http://www.upsidedownhouse.com.my/

Jambatan Gantung Tamparuli

Yang ini memang sempoi....jambatan gantung ni siap ade lagu lagi dan famous di Sabah. Kami singgah lalu atas jambatan dan pusing2 area sekitar. Lama jugak, siap boleh jalan-jalan area pasar depa. Since dah delay dari KK, kami decide nak skip venue ladang lembu, Dari sini, kami teruskan perjalanan dan singgah di Pekan Nabalu sebentar. View lawa tapi tempat tu macam pekan kecil. 
shuwanieyz.blogspot
Jambatan Gantung Tamparuli

TM Resort @ Kundasang

Akhirnya sampai jugak. Memang selesa dan luas sangat. Satu bilik ada 1 katil queen. Lagi satu bilik ada satu katil queen + 1 katil single. Bilik air satu di atas dan satu di bawah.

Ade jugak bilik-bilik biasa yang boleh diguna, just contact resort dan booking bilik yang bersesuaian.

Selain dari keselesaan, kawasan sekitar pun memang cantik. Yang paling best, view gunung kinabalu dari balcony. Dihadapan rumah pun ade landskap yang cantik-cantik.

shuwanieyz.blogspot
View dari balcony

shuwanieyz.blogspot
Halaman depan rumah



Kundasang War Memorial

Walaupun sekadar tempat sejarah, kami spend masa lama jugak sebab dah x jadi nak ke ladang lembu. Basically ade beberapa taman ala-ala orang putih kat atas ini. Dari atas ni kita boleh jugak nampak view pekan Kundasang. Well, dah alang-alang ke tempat orang dan ada masa x salah spend sikit untuk mempelajari sejarah Kundasang.

shuwanieyz.blogspot
Kundasang War Memorial


Pekan Kundasang

Di sini lah lokasi makan malam kami. Actually kami makan KFC je....Ada macam-macam kat sini, boleh lah shopping ape yang patut untuk di bawa sebagai bekalan kat resort dan untuk sarapan pagi esok, sebab nak travel adventure nie esok.....Kat pekan ni ade stesen minyak tapi ghasenye tutup awal jugak....so make sure minyak cukop okay.....




1 comment:

  1. Jom Ke Sabah 2017

    Pakej Transport Bajet ke sabah 2017
    (Pakej termasuk kenderaan, pemandu dan Minyak kenderaan)

    Tidak perlu pening memandu sendiri... biarkan kami urus perjalanan anda !!

    3 Hari 2 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM500. 5 Pax RM250. 6 Pax RM250
    3 Pax. RM350 6 Pax RM230. 7 Pax RM230
    4 Pax. RM250 8-12 Pax RM200


    4 Hari 3 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM600. 5 Pax RM280. 6 Pax RM290
    3 Pax. RM435 6 Pax RM240. 7 Pax RM250
    4 Pax. RM325 8-12 Pax RM220


    5 Hari 4 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM750. 5 Pax RM340. 6 Pax RM360
    3 Pax. RM500 6 Pax RM285. 7 Pax RM310
    4 Pax. RM375 8-12 Pax RM265

    Itinerary Perjalanan
    Kota Kinabalu
    * Tg Aru
    * Masjid Terapung
    * Jesselton Point
    * Masjid Negeri
    * Signal Hill
    * Muzium Sabah
    * Perdana Park
    * Zoo Lokkawi
    * Pasar Filipina
    * Pasar Malam
    * Tamu Gaya Street
    * 1 Borneo

    Kundasang
    * Rumah Terbalik
    * Jambatan Tamparuli
    * Pekan Nabalu
    * Kinabalu Park
    * Desa Cow Farm
    * Sabah Tea
    * Poring Hotspring
    * Luanti Fish Tagal
    * Kundasang Memorial

    Hubungi Raziman untuk pertanyaan lanjut
    0129600702 Whatsapp / Call / Sms
    0163751978 Call / sms

    ReplyDelete