Thursday 12 January 2017

Bercuti Ke Perak: 1 Pantai, 4 Teluk (Pulau Pangkor, Teluk Nipah, Teluk Batik, Teluk Senangin, Teluk Intan)

Bercuti Ke Perak: 1 Pantai, 4 Teluk (Pulau Pangkor, Teluk Nipah, Teluk Batik, Teluk Senangin, Teluk Intan)


Pulau Pangkor

Assalamualaikum....

1. Hari ni rase nak berkongsi percutian menarik di Perak especially kawasan pantai nye. Kami pergi 3 keluarga. Saya dan isteri saya, mak ayah saya & pakngah ktorang dengan opah. Dari Slim River ke Jetty Lumut dalam 2 Jam

2. Kalau dari Selatan boleh ikut Bidor-Telok Intan-Setiawan-Lumut & kalau dari utara boleh ikut Ipoh terus ke Lumut. 

3. Parking dekat Lumut sehari kos RM10 untuk satu biji kereta. Pilih lah mana2 parking yang mudah untuk ke Jetty. Selain dari Jetty Lumut, leh jugak naik ferry dari jetty Marina. Di katakan, dari Jetty Marina xde ulat chalet sangat compare dengan di Jetty Lumut.

4. X kisah naik di mana-mana jetty, kos tiket pergi balik adalah RM 10 bagi dewasa dan mengambil masa kira-kira 30 minit kecuali dari Marina dianggarkan 10 minit. Ferry dah ade seawal 7am ke Pangkor dengan kekerapan 1/2 jam satu. 
Reference (Lumut Jetty): http://www.mpm.gov.my/pengangkutan
Reference (Marina Jetty): http://www.marinaisland.com/v2/?page_id=1148 

5. TIPS: Ambil perhatian, elakkan membeli chalet dari ulat2 di sekitar jetty kerana mereka cas lebeyh compare anda booking direct ke chalet. Kalau ada bran, leh redah jew masuk ke Pangkor, then cari chalet kat sana (kalau pergi time low peak ok r, kalau tak muhasabah diri dulu). Kami amek 3 bilik dari ulat kos RM 300 di Chalet Pangkor Inn, dan kami terkena dengan ulat tu. Masa awal-awal dia dah letak RM 120/Bilik, naseb kami nego dapat RM100/chalet/night.

6. Sesampai je di Jetty Pangkor, teruih cari Van Pink @ Teksi Pangkor. Dia cas standard RM 20 ke Teluk Nipah. Kalau ramai untung r, kalau p sikit pandai-pandai r cari partner. Kalau nak ke kawasan lain ade standard rate dia. 
TIPS: X payah nak sewa kenderaan sebab teksi dy memang dah berbaloi. Jalan di Pangkor kecik dan mostly motor jadi main transportation di sana. Kalau insist nak pusing2 jugak, boleh r sewa kereta atau motor di kawasan Chalet.
TIPS: Saya recommend Teluk Nipah since situ memang enjoy.  Ada banyak pilihan chalet, kedai makan (tengahari payah sikit cari makan/pilihan terhad, so makan kenyang2 dulu dekat Lumut) meriah di waktu petang & malam, kedai runcit semua ada DAN aktiviti sukan air pun banyak. So x payah nak kemana-mana dah. 1 stop center.

Teluk Nipah


7. Sampai je Pangkor teruih kami ke Teluk Nipah untuk Check-In di Pangkor Inn Chalet, lunch dan berehat. Almaklumlah, jam 7.30pg dah gerak. Kami sapu 3 bilik chalet kat situ, depan kolam. Bilik ok, ade aircond, tv pun jenis lekat dinding, siap de tilam lebeh. so actually leh masuk 4 orang satu bilik. Tapi time tu anggur dia belum masak lagi kalau x leh sebat.


TIPS: Chalet ni dia dalam satu lorong dengan chalet2 lain.. Yang saya perasan kat depan ade Ombak Inn, then ade few chalet lain, Pangkor Bay View pun dekat lorong yang sama. Nazri Nipah Camp tu sebalah chalet kami sahaja. Pendek kata memang banyak r. Masa kami datang betul2 depan chalet ni ade hotel tengah buat siap ade swimming pool besau lagi. Tapi sini xde breakfast okay...

8. Activity kat Pangkor ni banyak, tapi island hoping & snorkeling menjadi pilihan. memang murah, standard 15/head for package r. Aritu, kami dia amek RM50 jew untuk 5 orang tapi snorkeling ak ngan wife ak je r...Kat teluk nipah banyak choice, pandai2 ampa r nak amek yang mana. Mase kami p, air biru memang cantik tapi bile snorkeling x clear sangat. Ikan banyak tapi kene pandai cari pot. Jumpe r nemo dan gang2 nye....

9. Malam ape lagi lapau ler....Tapi jgn risau byk deretan kedai, pilih sahaja yang mana menjadi pilihan hati. buat2 kenay ngn tokey kot2 leh dapat diskaun macam yang kami buat...kah3...nak murah lagi biar dia yang panggil....

10. Esok Check-Out kuy 10 berangkat keluar p ke deratan kedai berdekatan Jetty Pangkor shopping ikan bilis mata biru yang famous di Pangkor dan barang2 lain..dekat sini murah...jangan beli kat telok nipah pulok...Pandai2 r ampa tengok mana yang berkenan di hati.

Lumut - Telok Batik


1. Simpang nak telok batik, ade satu kedai belah kanan tepi jalan, nama dia kalau x silap kedai makan & minum silaturrahim. Dekat situ memang best giler makan dia. Ditambah dengan perut yang lapar lepaih keluar dari Pangkor. Tapi seriously, strongly suggested sebab food dia sedap, banyak pilihan & harga berpatutan. Korang tengok gambar bawah ni. Kalau straight ke Marina, kalau ke kiri p Lumut. Yang dalam bulatan merah tu r kedai nye.


2. Dah kenyang makan, lepak kat Teluk Batik. Saya cadangakn anda sewa kerusi RM2 kat tepi pantai. Memang best, lepaih makan duk kerusi malas tepi pantai kene angin sepoi2, tengok gelagat orang...pergh layan giler....highly recommended...Kat sini ler r nak mandi2 ke nak buat aktiviti air ke...sume ade..nak p snorkeling ke Pangkor pun ade...

3. Dah boring lepak, terpikir nak cari pot tidor pulak. Survey dekat chalet area tue cam x menarik sebab nak buat bbq and nak dekat ngn laut. So discuss p ke teluk senangin.

4. Actually kalau nak stay area pekan Lumut pun boleyh, ade je motel RM60-80 semalam siap breakfast lagi, tapi kami nak suasana kua bilik jumpe laut so kene p tempat lain r.


Telok Senangin

1. First time pergi sini, mula-mula tengok jalan dia pergh, cam xde orang jew, semakin masuk ke dalam kereta penuh tepi jalan. Memang ramai.

2. Kami stay di telok Senangin Chalet cam gambau kat bawah ni. Bayar RM100 semalam. Bilik biasa2 sahaja tapi ade aircond & tv. Kalau compare facilities dalam bilik ok lagi di Pangkor Inn Chalet. Tapi yang best adalah lokasi dan environment dia. Depan bilik de tempat lapang so boleh gathering, makan ade meja sume r....Yang paling best kalau dapat bilik depan pantai. Bukak pintu terus nampak pantai.


3. Sebelum tu kami berkenan dengan pot kat gambar bawah nie. Sri Senangin Chalet.Tapi dh full house.

TIPS: Korang jalan tepi laut dulu dari Sri senangin ke Telok Senangin Chalet, usha pot mana korang suka dari view pantai. Nak pilih bilik make sure jauh sikit dari tempat karoke, kang malam susah nak tido...pot kami duduk jauh r jugak dr pot karoke, so selamat kami denagr sikit2 je r....

4. Kat sini aktiviti kami lebih kepada bersantai, lepak-lepak dan BBQ seafood yang segar dari laut. Basically sume chalet ni ade fasiliti BBQ, so korang beli arang je lah siap2 dan bawak je lah apa-apa persiapan yang patut. cam kami bidang terjun , sume kene beli, so x cukop rase r...

TIPS: Korang keluar dari Jalan teluk senangin, pergi ke kiri menghala ke Pantai Remis, nanti korang nampak kiri kanan pot orang jual barang laut Fresh. Kira dalam 30 minit r dr simpang telok senangin, area sungai batu x silap. HIGHLY Advised kalau xnak kua dah, bawak siap2 peralatan k. Sini jauh dari pekan. Korang jugak boleh bangun pagi-pagi tngu tepi pantai nelayan balik pon boleh beli ketam besau2, RM 20 je sekilo.

5. Esoknye kami checkout. Tapi bateri kereta pulak problem naseb ade brother Honda biru tolong jumper. Bila dah rosak nak jalan pon dh x best. Tapi bila dah ade bateri, kami pun singgah ke Lekir, p pot nelayan naik barang laut. Tapi hampa xdapat ap yang di cari. Dah tu p makan area Lekir dan terus ke Teluk Intan.


Teluk Intan

1. Telok intan x kemane pown, cuma p nengok menara condong je ler...


Ok...itu ju nak share....bye.....

1 comment: