Friday, 13 January 2017

Percutian ke Sabah: Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau (Persediaan sebelum pergi)



SABAH IS AWESOME


Percutian ke Sabah memang awesome especially to Kota Kinabalu sebaba dapat menikmati keindahan tempat tinggi dan laut yang hanya dipisahkan oleh 2 jam pemanduan kereta.

Kalau google memang banyak pakej tapi saya dan keluarga memilih untuk pergi sendiri tanpa agen sebab nak enjoy the journey with our own preference. So hampir 3 bulan sebelum pergi dah wat research......hasilnya, memang best.....kami manage untuk pergi ke semua tempat yang di rancang.

Preparation sebelum pergi

1. Flight Ticket: Kami beli dari Air Asia. Masa tu tengah offer dalam RM 120 / head return....cuma biasa lah x masuk luggage ape sume lagi r. Bab luggage, seat selection sume tu korang pandai2 lah add on. Kami checked lugga 20Kg shj atas satu nama since masing2 gune cabin baggage yang 7kg tu. Dari KLIA kami naik 6.45 pagi, dari KKIA pulak 6.35 petang. Memang betul-betul habiskan masa kat sana. Fligh duration 2 and half hour.

2. Penginapan: Kami decided untuk spend masa lebeh di Kundasang instead of kota kinabalu.
  • Penginapan di Kundasang (3 Hari 2 Malam)
    • Banglo @ TM Resort Kundasang
    • Kami booking atas staff price so memang berbaloi harganya. Tapi make sure staff card jangan tertinggal pulak, nanti x dapat r enjoy price dia.
    • Contact 088-889744 or 088-889745
    • https://www.facebook.com/TM-Resort-Kundasang-138363809565059/
    • Review dari kami, memang sangat berbaloi. Rumah banglo dua tingkat. Ade dua bilik dekat atas siap dengan balcony. Balcony dia terus nampak Mount Kinabalu. Bawah ade dapur & ruang tamu. Serius luas giler and view memang cun.
  • Penginapan di Kota Kinabalu (1 Hari 1 Malam)
    • Family Room @ Hii-5 Hotel 
    • Booking dari Agoda dengan harga RM 141/night
    • https://www.facebook.com/hii5hotel/ OR search di Agoda atau agen lain
3. Kereta Sewa: Nak puas pusing-pusing mesti kene ade kereta sewa. Kami memilih perkhidmatan KKcarz Rental Sabah sebab harga yang berpatutan dan review nampak ok.

  • Guna kereta SAGA (actually mintak MyVi tapi tak dapat pulak) 3 Hari 5 Jam: RM 370 (harga promosi). Masa booking bayar RM50 sahaja dan full payment masa dapat kereta. Kereta dia condition puas hati macam kete baru je, interior bersih, performance alhamdulillah & siap ade proper rental form. CUMA, delivery delay 1 jam. 
  • Semak di http://www.kkcarz-rental-sabah.com/ or https://www.facebook.com/murahkeretasewadisabah/
  • Tips dari saya, sila survey dulu harga kereta di beberapa service provider so leh compare harga. Apa sahaja conversation dengan orang yang kita booking rekodkan. Kalau ade contact lebih baik boleh deal harga siap-siap.

4. Jadual Perjalanan: So make sure research tempat yang nak pergi dan cuba cari tips ke lokasi supaya kita dapat ape yang kita expect. Ni tuk make sure perjalanan lebih baik, lancar dan budget lebih terancang, Saya akan share kan jadual saya sewaktu di Sabah.

5. Perjalanan ke KLIA atau Airport dari Melaka: Basically ade banyak option tuk kita rancang perjalanan dari kediaman ke airport. Bergantung pada anda. Saya share kan sedikit info dan tips yang mungkin boleh digunapakai jika anda bergerak ke KLIA/KLIA dari Melaka.
  • Bas: Transnasional (RM 24 seorang). Boleh semak di Kaunter/Online. Selain Trans ade jugak lagi bas lain ke KLIA/KLIA2. Boleh ke Melaka Sentral untuk semak.
Jadual Bas

  • Drive, Park & Ride. Kemudian ambil ERL ke KLIA/KLIA2 sebab parking di KLIA2, RM46/day. Harga latest sila semak dulu okay.....
    • Salak Tinggi ERL Station. RM6 / sehari semalam.
    • Putrajaya Sentral. RM6 / sehari semalam.

1 comment: